Saturday, August 06, 2011

Jom! tengok sikit jenis penyakit dan cara rawatan untuk sugar glider


Sugar glider: penyakit dan rawatan

Obesity/Kegemukan - Simpton kegemukkan glider bermula bila badan dia start jadi bulat cam bergedil mula jadi malas serta tak aktif
Rawatan: homopathy tak digalakkan.Gua cadang lu belikan woodent wheel senior (Harga dalam Rm100) dan tambah sikit-sikit alatan untuk mereka bergayut didalam sangkar

Trembling or shakiness/Bergetar atau menggigil - Lepas bangun dari tidur, sugar glider memang menggigil dia punya badan.Biasalah..hehehe..tapi kalau simpton ini berlanjutan, sah masalah kekurangan kalsium.
Rawatan:Beli Calcium supplement.Beri pada peringkat awal lagi.Lu kena jaga diet mereka.Rujuk bantuan veterinar lepas itu.
Hair loss/Kehilangan bulu - Kalau lu perasan , glider jantan lu mula membotak kat area kepala.Jangan risau.Dia dah akil baligh maknanya.Tapi kalau bahagian-bahagian lain mula keguguran bulu..Ini sudah bahaya.Serangan fungkus dan kutu mungkin dah mula landing kat atas badan glider lu.Kekurangan diet yang sihat juga memungkinkan simpton ini
Rawatan: Jumpa vetrinar/doktor haiwan lekas.

Lack of appetite./Kurang nafus makan -Penyakit jenis ini bawa banyak makna.Sama ada dia rasa stress pada tempat baru atau perut dia ada cacing/parasit.Jangan lu tak tahu pulak, dalam sayuran yang lu lupa nak basuh bersih-bersih itu ada terkandung telur cacing.Tapi lu kena syak kat gigi glider juga.Manalah tau kot-kot patah atau cedera
Rawatan:kalau jenis baru beli dan bawa balik rumah tu, normal lah.Jangan panik. Kalu dia tak mahu makan jugak,bawa jumpa doktor haiwan untuk bagi makan ubat cacing.Lu jangan ngade-ngade nak bagi dia ubat cacing zentel yng jual kat guardian farmasi.

Diarrhea/Cirit birit -Berak dia jenis berair.Kalu macam ubat gigi colgate tu, lu boleh berlagak cool sikit dan tak payah nak kecoh-kecoh.Tapi kalau berak dia dah start basah,cair,takde rupa bentuk, itu cirit namanya. Mungkin disebabkan makanan yang lu baru pertama kali nak bagi kat dia.Makanan yang rosak/busuk dan parasit juga gua syak jadi punca juga
Rawatan: Try bagi dia minum Glucose supplement(beli kat kedai binatang ler) dan Gatorade (atau apa2 minuman isotonik yang tak bergas).Campur dengan air suam sedikit. Tambah makanan berfiber tinggi.Kalau dah tahap nazak sangat, bawa jumpa doktor haiwan cepat terutamanya bagi peringkat joey.

Dehydration/Dehidrasi/kurang air dalam badan - Muka dia nampak pucat.nampak ketat.Try cubit kulit balakang leher dia.Kalau kembali ke asal, lu selamat.dia sihat.
Kalau kulit dia lambat kembali pada asal,dia kurang air dan lu kena bagi dia minum ler.
Rawatan:Air campur glucose dan gatorade (atau minuman isotonik tak bergas)
" 1water to 1 glucose mixture ratio."
paham?

Constipation/Sembelit - Kurang makan buah-buahan dan kurang minum air.Biasa time nak berak tu dia buat bunyi 'hissing'..perit wooo...
Rawatan: Satu sudu kecil pure apple juice 2 kali sehari.Gua malas nak sembang banyak.


Urinary Tract Infection - Penyakit susah nak kencing.Saluran kencing tersekat,masalah jangkitan kuman dan problem buah pinggang.Ini boleh jadi bila glider makan terlalu banyak high-protein, high-mineral diets.Seller biol tamak suruh lu bagi makan makanan kucing(cat food).Inilah jadinya.Glider kan jadi hilang berat badan,kurang nafsu makan,selalu haus,problem nak kencing(selalu jer terkencing,banyak pulak tu),kemaluan macam terkeluar..kadang-kala kencing berdarah.
Rawatan: bawa gi jumpa veterinar untuk ambil antibiotik
Hissing during urinating/Bunyi hissing masa kencing - Bukan bermakna dia tengah syok nak kencing.Ini adalah simpton awal kepada penyakit susah nak kencing.
Rawatan: Beli pure cranberry juice dan berikan satu sudu kecil setiap hari.

Cloudy Eyes/Mat jadi gelap putih-putih - Simpton awal buta,Terlalu banyak mealworms dan gua syak lu jolok dia kuaci(sunflower seeds).
Rawatan: kurangkan makanan yang boleh buat dia gemuk.Tukar diet dia.Buang kuaci tu.

Eye infection/Jangkitan pada mata - Mata glider akan berair dan bertaik mata.Glider lu akan asik tidur dan mata dia akan kelihatan lebih kecil
Rawatan: Lap mata glider anda menggunakan cotton bite dan gunakan air yang di steril.Jumpa veterinar untuk rawatan antibiotik atau steroids

Cold or Flu/Demam - Lu akan perasan hidung glider akan nampak berair dan mereka selalu bersin. Bunyi nafas jadi kuat.Hidung basah sikit takpe,tak jadi kecoh tapi kalau dah berat sangatberairnya, itu demam selesema
Rawatan:Gua syak lu suka pasang aircond kuat-kuat.Sangkar@cage sugar glider jadi lembab.Bau hapak.Jumpa veterinar.Kasik up vitamin C macam jus oren tau buah kiwi.

Hind Leg paralysis - Kelemahan pada kaki bahagian belakang.
Nampak sangan masa dia tengah memanjat, berjalan..macam Elvis Presley buat dance masa nyanyi tak jadi.
Dia mungkin akan give up untuk berjalan selama-lamanya.
Rawatan: Kurang kalsium.Jumpa veterinar atau doktor haiwan.Tukar diet glider. Include calcium supplements sekali.

Recommended vets: (these vets are known to treat sugar gliders)

1) Dr Yeoh YEOH VETERINARY CLINIC & SURGERY
126, Jln SS 24/2, Tmn Megah, 47301 PJ, Selangor Tel: 03-78048684 Fax: 03-78052350
Dr Yeoh can neuter male gliders safely. The clinic is able to treat minor things on gliders and general check up but not great for serious cases Call to make an appointment

- – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – -

2) Dr Jenny HANDS “N” PAWS
C-17G, Jalan PJU 1/45, Aman Suria Damansara, 47301 PJ Tel: 03-7804 6539
Dr Jenny can neuter male gliders safely.
The clinic can deworm and treat serious conditions for gliders. Call before you go to make an appointment.
- – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – -

3) Dr Vellayan *New found but very senior in treating Exotics including Sugar Gliders in Malaysia! With more than 25 years experience under his belt.*
Dr Vellayan can neuter male gliders, give general check ups, deworm and treat general ailments.
10, Jalan L2, Phase 6A Taman Melawati 53100 Kuala Lumpur Tel: 013-6246 918 Tel/Fax: 03-4108 5530
Call to make an appointment as his practise is normally during the night.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...