Saturday, January 21, 2012

Botak itu MATANG...

         Hallo! ngeee..macam biasalah, sorry lama juga tidak update blog...Al-maklumlah sibuk dengan final exam, tapi sekarang sudah boleh tarik nafas lega....sudah bercuti selama sebulan lebih...hurghhhh arghhhhh.....so, korang semua apa khabar? hopefully semuanya sihat-sihat belaka. Kali ini, ejam nak share info tentang fakta benar mengenai SUGAR GLIDER(sg) Ceritanya bermula begini, hihihi! selepas habis final untuk sem ini, ejam balik semula ke rumah sepupu di Putrajaya di mana tempat ejam tinggalkan sg ejam, ejam bagi sepupu ejam yang tolong jagakan sebab di hostel memang tak ada masa yang banyak untuk layan perangai sg. Jumpa sahaja baru-baru ini, ejam tengok kepala jodi iaitu sugar glider ejam yang jantan sudah mengalami keguguran bulu di atas kepala dan botak sedikit. Perkara ini menunjukkan ejam akan dapat cucu tidak lama lagi, Insyaallah....sebabnya sg jantan memang akan mengalami keguguran bulu di atas kepala dan akan botak sedikit apabila mereka mencecah umur matang. So, memang tak sabarlah nak tunggu detik tibanya dapat cucu nanti...Itu sahaja untuk entri kali ini...selamat membotakkan kepala..hahaha! take care guys!
        
                                Jodi sudah botak sikit


                               Sorry la, gambar dia semua macam ni..dia tidak suka di ambil gambar...


                               Hahhaa!! tengok la tuh, muka 'orang' tak rela di ambil gambar...kih3!!!


                                Jodi dalam hatiku....


                                            










Sunday, January 01, 2012

Sugar glider lari panjat pokok

              Hello guys! Entry kali nie ejam nak share saat-saat cemas yang ejam lalui tadi. Petang tadi seperti biasa bawa anak-anak ejam iaitu zara dan jodi lepak di Taman Tasik Presint 6, berhadapan dengan dengan PICC. Sampai jer kat taman tuh, terus la ejam cari port yang best untuk keluarkan diorang ni dan main kat atas rumput. Punyalah seronok layan kerenah diorang yang suka panjat badan ejam, tiba-tiba sahaja si zara melompat naik ke atas pokok sebelah yang agak tinggi laaa...huh! Jantung dah berdebar time tuh, tapi berlagak cool..huhu! yang peliknya sebelum ni, tak de pulak zara buat perangai macam tuh. Petang tadi jer dia buat....haish! Beberapa minit selepas tengok zara di atas pokok ejam rasa dah tak boleh tunggu dan tak ada pilihan, takut dia lompat ke pokok lain atau di makan burung besar seperti helang dan kakak tua sebab time tuh ada burung helang kat atas yang sedang terbang...Masa panik tadi, semua yang tak elok ada dalam kepala...huhu! Tanpa membuang masa, terpaksalah jadi herro tadi. Tebalkan muka panjat pokok di taman awam...hahaha! kelakar giler...malu tak payah cakap la, anak punya pasal terpaksalah papa nya nie panjat pokok di khalayak ramai...hihihi! Lepas panjat tuh, ejam terus masukkan zara dan jodi dalam pouch bag...lepak sekejap hilangkan penat panjat poko, then terus balik...Pengalaman yang tak akan dilupakan...ngeeee...bawah ni ada sedikit video yang ejam sempat rakam time zara mula-mula panjat poko tuh...layan je la yer....bye2..

Saat zara sedang seronok memanjat pokok


huh! selamat masukkan dalam pouch bag...



Ini gambar masa dah selamat masukkan diorang dalam pouch bag....senyum jelah, walaupun muka tebal time tuh...hihihi!!!


Moral:
1. Sentiasalah menjaga anak anda dengan sebaiknya.
2. Jangan cuai atau terlepas pandang ketika membawa anak bermain di luar.

Sunday, December 25, 2011

Aku di German!

            Hello guys! apa khabar semua? hopefully, semua sihat walafiat la yer....Maaf ler, ejam dah lama tidak update blog, maklumlah busy sikit dengan assignment, sekarang rasa lega sikit coz semua dah sattle. Tunggu nak jawab final exam jer, tapi belum study pun...hahaha! By the way, ejam nak share video yang ejam lakonkan sendir bersama-sama rakan yang lain. Usyar-usyar la video ini kalau ada masa lapang...huhu! Actually, video ni dihasilkan atas tuntutan subject third language yang ejam ambik iaitu German level one, jadi terimalah.....hahahaah!!! Check it out....!

1. Layan jelah yer....hihi!!!

2. Babak-babak yang tidak menjadi...huhu! 

Sunday, November 13, 2011

Sugar Glider mati kepanasan...

          Hello! apa khabar semua? sudah agak lama aku tidak update blog. Entry kali ini, aku nak share kisah yang berlaku semasa pulang beraya pada raya haji yang lepas. Pada mulanya aku tidak berapa pasti untuk bawak zara dan jodi ( haiwan peliharaan, sugar glider) pulang beraya bersama di kampung, tetapi memandangkan ini sahaja peluang yang ada untuk bersama-sama anak ketika cuti. Jadi aku membuat keputusan membawa diorang bersama ke kampung.
           Perjalana dari Hentian duta ke Gerik jam 10PM. Masa perjalanan 4 jam 30 minit. Mula-mula sekali aku dah bagi tahu orang di sebelah; "maaf ye, if u ada bau something or bunyi, coz i bawak sg i sekali" dia bagi respon; "apa? sg? owww....ok" setelah 2jam dalam perjalanan. Anak2 aku mula membuat bising dan bau yang sangat kawww! hahaha! sekor sibuk dok gigit zip coz nak keluar, sekor lagi sibuk dok kentut, berak dan bagai. Bau dalam bas agak semerbak bunga taik ayam.....hihihi! Itu je citer yang ada masa trip malam untuk share dengan korang...
           Selepas raya berlalu, tiba masa untuk pulang ke KL. Perjalan dari Gerik ke Hentian Duta jam 9Am. Perjalanan bermula dengan keadaan yang begitu baik, tetapi setelah 2jam dalam bas, ramai penumpang merungut kepanasan, yang membawa anak kecil mulalah dengan lagu yang merdu sekali, yang gadisnya sibuk dengan tisu apabila make up di muka mula cair, dan ada juga yang menjadikan kertas sebagai kipas. Aku pula mula merasa risau, jika kepanasan yang berlaku dalam bas itu boleh menyebabkan anak2 aku mati kepanasan. Keadaan menjadi bertambah panas apabila sang matahari memacak di atas kepala. Sistem hawa dingin dalam bas rosak......aduhhhhh! itu lah rungutan yang kerap aku dengar....Aku sebagai seorang yang sangat sayangkan anak2 aku, amatlah terlalu risau dan sedikit pun aku tidak fikirkan tentang aku. Hanya persoalan adakah anak2 aku mampu bertahan atau tidak, itu sahaja yang bermain dalam kotak fikiran aku. 4jam 30minit sudah berlalu, tiba lah aku di Hentian Duta. Besyukur ke hadrat Illahi kerana telah memanjangkan nyawa anak2 aku...sekiannn....

Moral:
1. Janganlah kita bersikap acuh tak acuh dalam menjalankan tanggungjawab kita terhadap haiwan peliharaan kita.
2. Mestilah sentiasa membuat persiapan yang selengkapnya supaya dapat menghadapi sebarang kemungkinan apabila bersama haiwan peliharaan.
3. Sayangilah haiwan peliharaan anda seperti anda menyayangi nyawa anda.



Tuesday, September 27, 2011

Petua untuk mengurangkan mulut berbau selepas makan petai...


  Errrr...sape suka makan petai? angkat tangan.....hahaha! Hye guys...salah satu makanan kegemaran ejam ialah petai, selalu makan dekat kampung jer....di kampus agak x selesa nak makan petai sebab takut kawan-kawan tak nak cakap pulak dengan ejam...hahahha!!! lagi pun kawasan bandar agak susah nak cari petai pure yang dibuat ulam, banyak yang dah dimasak seperti sambal petai tu...ejam jenis suka makan petai yang belum dimasak, maksudnya ulam mentah la yer...tapi kalo dah terdesak layan jer apa-apa pun masakan yang ada petai hihihi!!! By the way, ejam ada beberapa petua nak share dengan korang, petua untuk kurangkan mulut bau busuk lepas makan petai....

1. Makan timun selepas selesai makan petai...kemudian gosok la gigi tu yer....** timun yang mentah tau, bukan gulai punya ok...kuntiti dalam 3cm dh cukup.....

2. Atau pun, korang boleh makan beras...beras tuh jangan di basuh..makan terus, kunyah sampai lumat baru telan...ambil dalam kuantiti sekepal tangan orang dewasa cukup la..jangan over dose lak..nanti tercekik mati...ejam jugak disalahkan huhu!! lepas makan beras tuh, seperti biasa pergi la gosok gigi....ngee..

3. Ataupun, korang boleh hisap/kulum bunga cengkih....hisap la dalam 1-3 kuntum sekali dalam mulut...tapi sebelum hisap tuh, kena la gosok gigi dulu...hihihi! hisap jangan sampai tertelan lak....selamat mencuba!

Sunday, September 18, 2011

Beli sugar glider lagiiiiii!!!!

 

  Salam, hey guys! sorry sebab agak lama sudah tidak update blog, ejam agak busy....kuliah pun dah start. By the way, ejam nak bagi tahu yang ejam baru beli sugar glider!!! huhu!!! pengganti zoro....tapi yang ini ejam nama kan dia Jodi...umur baru 2bulan++...harga RM230....murah sikit dari harga yang dulu...huhu!!! Jumpa di entry akan datang...bye2 guys! take care!

Thursday, August 11, 2011

Tips untuk hilangkan rasa cemburu dalam dunia percintaan...

    Hihi! kali ni ejam nak share sedikit ilmu tentang tips untuk hilangkan rasa cemburu kepada pasangan kita, tips nie sesuai untuk orang yang cemburu buta dan sedar akan dia mengalami cemburu buta...huhu! jom! kita tengok apakah tips tersebut:

1. Korang mesti jeles kalau tengok pasangan korang ramai kenalan kan? tambah-tambah lagi kalau ada yang sampai bagi hadiah dan buat segala bagai kat pasangan korang...ok, time tuh korang jangan menggelabah...korang cool jer...sebab, sejauh mana pon ramainyer kenalan dia, di hati dia tetap ada korang....kalau x caye, dah lama dia tinggalkan korang...tol x?

2. Bila korang keluar lepak sekali dekat mall ke, taman bunga ke, mana-mana jelah tempat date yang korang suka. Tiba-tiba pasangan korang terserempak dengan ex dia dan masa tuh ex pasangan korang tersangatla menggedik kononnyer macam nak goda balik pasangan korang....korang tak payah risau, dalam erti kata lain x payah ambik port...biar lah dia menggedik macam mana sekali pun, percayalah bahawa salah satu sebab pasangan korang putus dengan ex dia adalah kerana ex dia tersebut terlalu gedik....hihi! ambik kaw!

  Ini je kowt yang ejam boley share buat masa sekarang...hihi! nanti ejam update lagi ok? TQ yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...