Sunday, December 25, 2011

Aku di German!

            Hello guys! apa khabar semua? hopefully, semua sihat walafiat la yer....Maaf ler, ejam dah lama tidak update blog, maklumlah busy sikit dengan assignment, sekarang rasa lega sikit coz semua dah sattle. Tunggu nak jawab final exam jer, tapi belum study pun...hahaha! By the way, ejam nak share video yang ejam lakonkan sendir bersama-sama rakan yang lain. Usyar-usyar la video ini kalau ada masa lapang...huhu! Actually, video ni dihasilkan atas tuntutan subject third language yang ejam ambik iaitu German level one, jadi terimalah.....hahahaah!!! Check it out....!

1. Layan jelah yer....hihi!!!

2. Babak-babak yang tidak menjadi...huhu! 

Sunday, November 13, 2011

Sugar Glider mati kepanasan...

          Hello! apa khabar semua? sudah agak lama aku tidak update blog. Entry kali ini, aku nak share kisah yang berlaku semasa pulang beraya pada raya haji yang lepas. Pada mulanya aku tidak berapa pasti untuk bawak zara dan jodi ( haiwan peliharaan, sugar glider) pulang beraya bersama di kampung, tetapi memandangkan ini sahaja peluang yang ada untuk bersama-sama anak ketika cuti. Jadi aku membuat keputusan membawa diorang bersama ke kampung.
           Perjalana dari Hentian duta ke Gerik jam 10PM. Masa perjalanan 4 jam 30 minit. Mula-mula sekali aku dah bagi tahu orang di sebelah; "maaf ye, if u ada bau something or bunyi, coz i bawak sg i sekali" dia bagi respon; "apa? sg? owww....ok" setelah 2jam dalam perjalanan. Anak2 aku mula membuat bising dan bau yang sangat kawww! hahaha! sekor sibuk dok gigit zip coz nak keluar, sekor lagi sibuk dok kentut, berak dan bagai. Bau dalam bas agak semerbak bunga taik ayam.....hihihi! Itu je citer yang ada masa trip malam untuk share dengan korang...
           Selepas raya berlalu, tiba masa untuk pulang ke KL. Perjalan dari Gerik ke Hentian Duta jam 9Am. Perjalanan bermula dengan keadaan yang begitu baik, tetapi setelah 2jam dalam bas, ramai penumpang merungut kepanasan, yang membawa anak kecil mulalah dengan lagu yang merdu sekali, yang gadisnya sibuk dengan tisu apabila make up di muka mula cair, dan ada juga yang menjadikan kertas sebagai kipas. Aku pula mula merasa risau, jika kepanasan yang berlaku dalam bas itu boleh menyebabkan anak2 aku mati kepanasan. Keadaan menjadi bertambah panas apabila sang matahari memacak di atas kepala. Sistem hawa dingin dalam bas rosak......aduhhhhh! itu lah rungutan yang kerap aku dengar....Aku sebagai seorang yang sangat sayangkan anak2 aku, amatlah terlalu risau dan sedikit pun aku tidak fikirkan tentang aku. Hanya persoalan adakah anak2 aku mampu bertahan atau tidak, itu sahaja yang bermain dalam kotak fikiran aku. 4jam 30minit sudah berlalu, tiba lah aku di Hentian Duta. Besyukur ke hadrat Illahi kerana telah memanjangkan nyawa anak2 aku...sekiannn....

Moral:
1. Janganlah kita bersikap acuh tak acuh dalam menjalankan tanggungjawab kita terhadap haiwan peliharaan kita.
2. Mestilah sentiasa membuat persiapan yang selengkapnya supaya dapat menghadapi sebarang kemungkinan apabila bersama haiwan peliharaan.
3. Sayangilah haiwan peliharaan anda seperti anda menyayangi nyawa anda.



Tuesday, September 27, 2011

Petua untuk mengurangkan mulut berbau selepas makan petai...


  Errrr...sape suka makan petai? angkat tangan.....hahaha! Hye guys...salah satu makanan kegemaran ejam ialah petai, selalu makan dekat kampung jer....di kampus agak x selesa nak makan petai sebab takut kawan-kawan tak nak cakap pulak dengan ejam...hahahha!!! lagi pun kawasan bandar agak susah nak cari petai pure yang dibuat ulam, banyak yang dah dimasak seperti sambal petai tu...ejam jenis suka makan petai yang belum dimasak, maksudnya ulam mentah la yer...tapi kalo dah terdesak layan jer apa-apa pun masakan yang ada petai hihihi!!! By the way, ejam ada beberapa petua nak share dengan korang, petua untuk kurangkan mulut bau busuk lepas makan petai....

1. Makan timun selepas selesai makan petai...kemudian gosok la gigi tu yer....** timun yang mentah tau, bukan gulai punya ok...kuntiti dalam 3cm dh cukup.....

2. Atau pun, korang boleh makan beras...beras tuh jangan di basuh..makan terus, kunyah sampai lumat baru telan...ambil dalam kuantiti sekepal tangan orang dewasa cukup la..jangan over dose lak..nanti tercekik mati...ejam jugak disalahkan huhu!! lepas makan beras tuh, seperti biasa pergi la gosok gigi....ngee..

3. Ataupun, korang boleh hisap/kulum bunga cengkih....hisap la dalam 1-3 kuntum sekali dalam mulut...tapi sebelum hisap tuh, kena la gosok gigi dulu...hihihi! hisap jangan sampai tertelan lak....selamat mencuba!

Sunday, September 18, 2011

Beli sugar glider lagiiiiii!!!!

 

  Salam, hey guys! sorry sebab agak lama sudah tidak update blog, ejam agak busy....kuliah pun dah start. By the way, ejam nak bagi tahu yang ejam baru beli sugar glider!!! huhu!!! pengganti zoro....tapi yang ini ejam nama kan dia Jodi...umur baru 2bulan++...harga RM230....murah sikit dari harga yang dulu...huhu!!! Jumpa di entry akan datang...bye2 guys! take care!

Thursday, August 11, 2011

Tips untuk hilangkan rasa cemburu dalam dunia percintaan...

    Hihi! kali ni ejam nak share sedikit ilmu tentang tips untuk hilangkan rasa cemburu kepada pasangan kita, tips nie sesuai untuk orang yang cemburu buta dan sedar akan dia mengalami cemburu buta...huhu! jom! kita tengok apakah tips tersebut:

1. Korang mesti jeles kalau tengok pasangan korang ramai kenalan kan? tambah-tambah lagi kalau ada yang sampai bagi hadiah dan buat segala bagai kat pasangan korang...ok, time tuh korang jangan menggelabah...korang cool jer...sebab, sejauh mana pon ramainyer kenalan dia, di hati dia tetap ada korang....kalau x caye, dah lama dia tinggalkan korang...tol x?

2. Bila korang keluar lepak sekali dekat mall ke, taman bunga ke, mana-mana jelah tempat date yang korang suka. Tiba-tiba pasangan korang terserempak dengan ex dia dan masa tuh ex pasangan korang tersangatla menggedik kononnyer macam nak goda balik pasangan korang....korang tak payah risau, dalam erti kata lain x payah ambik port...biar lah dia menggedik macam mana sekali pun, percayalah bahawa salah satu sebab pasangan korang putus dengan ex dia adalah kerana ex dia tersebut terlalu gedik....hihi! ambik kaw!

  Ini je kowt yang ejam boley share buat masa sekarang...hihi! nanti ejam update lagi ok? TQ yer...

Tuesday, August 09, 2011

Tanda-tanda sang kekasih bermain kayu tiga...

  Kali nie, ejam nak kongsi sikit pengalaman yang pernah ejam lalui sendiri....kalau ada persamaan dengan mana-mana pihak, itu sekadar secara kebetulan. Ok, dalam situasi hangatnya bercinta, ramai pasangan akan rasa dunianya penuh dengan taman bunga....Taman Tasik Titiwangsa pun tak macam itu...hahah!! So, kat sini ada sikit pengalaman yang ejam nak kongsi, tanda-tanda sang kekasih bermain kayu tiga :

1. kalau korang perasan, pasangan korang kerap memuji korang secara berlebihan atau terlalu romantik dalam keadaan yang tiba-tiba....haaaa..korang kena jaga-jaga, itu tandanya pasangan korang sedang sembunyikan sesuatu...

2. Bila korang keluar jalan-jalan dengan pasangan korang, pasangan korang lari agak jauh semasa menjawab call...itu juga salah satu tanda yang pasangan korang sedang pasang lagi sorang...* pepehal pun, jangan buat tuduhan melulu...selesai cara baik...bincang dulu....kalau agak alasan dia tidak munasabah.....haaaaa...awas!

3. Biasanya bila ada masa free korang akan keluar lepak dengan pasangan korang kan? Tapi kalau tiba-tiba pasangan korang agak susah nak lepak dengan korang sedangkan korang tahu masa tuh dia tengah free....maknanya, dia ada date dengan orang lain..opssss!!! * Jangan buat tuduhan melulu, rileks laaa...siasat dulu ok?

4. Setiap hari korang mesti x pernah jauh dari handphone sebab setiap masa nak SMS dan call pasangan korang kan? Bila sampai satu ketika, pasangan korang tidak semeriah sebelumnya berSMS atau call korang, itu bermaksud pasangan korang sudah tawar hati atau ada yang baru! * Lain citer la kalau dia baru dapat pekerjaan....memang agak busy, apa-apa pun, siasat dan selesaikan dengan baik....

5. Selalunya, pasangan korang agak kedekut sikit. Tapi kalau tiba-tiba dia bagi hadiah kat korang itu maknya ada sesuatu yang dia sembunyikan. Sama ada, dia baru dapat gaji atau dia nak bagi tahu korang yang dia ada pasang lagi sorang.....( Situasi nie, selalunya berlaku bagi pasangan yang dah berkahwin)

  Apa pun yang korang rasa tentang pasangan korang. Tolong JANGAN buat keputusan yang drastik. Fikir dulu masak-masak, selidik, cari bukti yang betul dan bawa berbincang...Fikir-fikirkan dan selamat berpacaran!

Saturday, August 06, 2011

Jom! tengok sikit jenis penyakit dan cara rawatan untuk sugar glider


Sugar glider: penyakit dan rawatan

Obesity/Kegemukan - Simpton kegemukkan glider bermula bila badan dia start jadi bulat cam bergedil mula jadi malas serta tak aktif
Rawatan: homopathy tak digalakkan.Gua cadang lu belikan woodent wheel senior (Harga dalam Rm100) dan tambah sikit-sikit alatan untuk mereka bergayut didalam sangkar

Trembling or shakiness/Bergetar atau menggigil - Lepas bangun dari tidur, sugar glider memang menggigil dia punya badan.Biasalah..hehehe..tapi kalau simpton ini berlanjutan, sah masalah kekurangan kalsium.
Rawatan:Beli Calcium supplement.Beri pada peringkat awal lagi.Lu kena jaga diet mereka.Rujuk bantuan veterinar lepas itu.
Hair loss/Kehilangan bulu - Kalau lu perasan , glider jantan lu mula membotak kat area kepala.Jangan risau.Dia dah akil baligh maknanya.Tapi kalau bahagian-bahagian lain mula keguguran bulu..Ini sudah bahaya.Serangan fungkus dan kutu mungkin dah mula landing kat atas badan glider lu.Kekurangan diet yang sihat juga memungkinkan simpton ini
Rawatan: Jumpa vetrinar/doktor haiwan lekas.

Lack of appetite./Kurang nafus makan -Penyakit jenis ini bawa banyak makna.Sama ada dia rasa stress pada tempat baru atau perut dia ada cacing/parasit.Jangan lu tak tahu pulak, dalam sayuran yang lu lupa nak basuh bersih-bersih itu ada terkandung telur cacing.Tapi lu kena syak kat gigi glider juga.Manalah tau kot-kot patah atau cedera
Rawatan:kalau jenis baru beli dan bawa balik rumah tu, normal lah.Jangan panik. Kalu dia tak mahu makan jugak,bawa jumpa doktor haiwan untuk bagi makan ubat cacing.Lu jangan ngade-ngade nak bagi dia ubat cacing zentel yng jual kat guardian farmasi.

Diarrhea/Cirit birit -Berak dia jenis berair.Kalu macam ubat gigi colgate tu, lu boleh berlagak cool sikit dan tak payah nak kecoh-kecoh.Tapi kalau berak dia dah start basah,cair,takde rupa bentuk, itu cirit namanya. Mungkin disebabkan makanan yang lu baru pertama kali nak bagi kat dia.Makanan yang rosak/busuk dan parasit juga gua syak jadi punca juga
Rawatan: Try bagi dia minum Glucose supplement(beli kat kedai binatang ler) dan Gatorade (atau apa2 minuman isotonik yang tak bergas).Campur dengan air suam sedikit. Tambah makanan berfiber tinggi.Kalau dah tahap nazak sangat, bawa jumpa doktor haiwan cepat terutamanya bagi peringkat joey.

Dehydration/Dehidrasi/kurang air dalam badan - Muka dia nampak pucat.nampak ketat.Try cubit kulit balakang leher dia.Kalau kembali ke asal, lu selamat.dia sihat.
Kalau kulit dia lambat kembali pada asal,dia kurang air dan lu kena bagi dia minum ler.
Rawatan:Air campur glucose dan gatorade (atau minuman isotonik tak bergas)
" 1water to 1 glucose mixture ratio."
paham?

Constipation/Sembelit - Kurang makan buah-buahan dan kurang minum air.Biasa time nak berak tu dia buat bunyi 'hissing'..perit wooo...
Rawatan: Satu sudu kecil pure apple juice 2 kali sehari.Gua malas nak sembang banyak.


Urinary Tract Infection - Penyakit susah nak kencing.Saluran kencing tersekat,masalah jangkitan kuman dan problem buah pinggang.Ini boleh jadi bila glider makan terlalu banyak high-protein, high-mineral diets.Seller biol tamak suruh lu bagi makan makanan kucing(cat food).Inilah jadinya.Glider kan jadi hilang berat badan,kurang nafsu makan,selalu haus,problem nak kencing(selalu jer terkencing,banyak pulak tu),kemaluan macam terkeluar..kadang-kala kencing berdarah.
Rawatan: bawa gi jumpa veterinar untuk ambil antibiotik
Hissing during urinating/Bunyi hissing masa kencing - Bukan bermakna dia tengah syok nak kencing.Ini adalah simpton awal kepada penyakit susah nak kencing.
Rawatan: Beli pure cranberry juice dan berikan satu sudu kecil setiap hari.

Cloudy Eyes/Mat jadi gelap putih-putih - Simpton awal buta,Terlalu banyak mealworms dan gua syak lu jolok dia kuaci(sunflower seeds).
Rawatan: kurangkan makanan yang boleh buat dia gemuk.Tukar diet dia.Buang kuaci tu.

Eye infection/Jangkitan pada mata - Mata glider akan berair dan bertaik mata.Glider lu akan asik tidur dan mata dia akan kelihatan lebih kecil
Rawatan: Lap mata glider anda menggunakan cotton bite dan gunakan air yang di steril.Jumpa veterinar untuk rawatan antibiotik atau steroids

Cold or Flu/Demam - Lu akan perasan hidung glider akan nampak berair dan mereka selalu bersin. Bunyi nafas jadi kuat.Hidung basah sikit takpe,tak jadi kecoh tapi kalau dah berat sangatberairnya, itu demam selesema
Rawatan:Gua syak lu suka pasang aircond kuat-kuat.Sangkar@cage sugar glider jadi lembab.Bau hapak.Jumpa veterinar.Kasik up vitamin C macam jus oren tau buah kiwi.

Hind Leg paralysis - Kelemahan pada kaki bahagian belakang.
Nampak sangan masa dia tengah memanjat, berjalan..macam Elvis Presley buat dance masa nyanyi tak jadi.
Dia mungkin akan give up untuk berjalan selama-lamanya.
Rawatan: Kurang kalsium.Jumpa veterinar atau doktor haiwan.Tukar diet glider. Include calcium supplements sekali.

Recommended vets: (these vets are known to treat sugar gliders)

1) Dr Yeoh YEOH VETERINARY CLINIC & SURGERY
126, Jln SS 24/2, Tmn Megah, 47301 PJ, Selangor Tel: 03-78048684 Fax: 03-78052350
Dr Yeoh can neuter male gliders safely. The clinic is able to treat minor things on gliders and general check up but not great for serious cases Call to make an appointment

- – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – -

2) Dr Jenny HANDS “N” PAWS
C-17G, Jalan PJU 1/45, Aman Suria Damansara, 47301 PJ Tel: 03-7804 6539
Dr Jenny can neuter male gliders safely.
The clinic can deworm and treat serious conditions for gliders. Call before you go to make an appointment.
- – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – -

3) Dr Vellayan *New found but very senior in treating Exotics including Sugar Gliders in Malaysia! With more than 25 years experience under his belt.*
Dr Vellayan can neuter male gliders, give general check ups, deworm and treat general ailments.
10, Jalan L2, Phase 6A Taman Melawati 53100 Kuala Lumpur Tel: 013-6246 918 Tel/Fax: 03-4108 5530
Call to make an appointment as his practise is normally during the night.

Sugar glider oh sugar glider!!!

         
        Selepas dengar dan tengok di TV3 tentang sugar glider, aku terus minat nak menjaganya.....Banyak tempat aku servey termasuk la dalam internet, tapi akhirnya aku beli SG di downtown mines...huhu!!! Pada mulanya, aku beli seekor yang betina. Aku namakan dia zara sebab aku tengok dia macam cerewet sikit...huhu!!! Then selepas sebulan aku jaga dia, aku beli lagi seekor SG jantan...aku namakan dia zoro...hihi! padan kan? zara and zoro...Malangnya, belum sampai seminggu zoro ada dengan aku, dia telah pergi ke alam lain ( mati) uwwwaaaaa!!! sangat sedih dan kesian pada zoro masa tu...tapi, mungkin sudah tiba ajarnya, huhu!!!

          Cerita sikit pasal zoro, dia memang kurang aktif kalau nak dibandingkan dengan zara...mula-mula aku ingatkan dia ok, tapi lain pula jadinya...dan ramai orang cakap SG jantan lebih cepat manja dengan tuannya....huhu! Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, apakah punca sebenar kematian zoro....hurmmm agak-agak apa yer? Sekarang tinggallah zara seorang diri ditemani oleh tuannya ini...hihihi!!! sayang zara muaxxxx!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...