Sunday, November 13, 2011

Sugar Glider mati kepanasan...

          Hello! apa khabar semua? sudah agak lama aku tidak update blog. Entry kali ini, aku nak share kisah yang berlaku semasa pulang beraya pada raya haji yang lepas. Pada mulanya aku tidak berapa pasti untuk bawak zara dan jodi ( haiwan peliharaan, sugar glider) pulang beraya bersama di kampung, tetapi memandangkan ini sahaja peluang yang ada untuk bersama-sama anak ketika cuti. Jadi aku membuat keputusan membawa diorang bersama ke kampung.
           Perjalana dari Hentian duta ke Gerik jam 10PM. Masa perjalanan 4 jam 30 minit. Mula-mula sekali aku dah bagi tahu orang di sebelah; "maaf ye, if u ada bau something or bunyi, coz i bawak sg i sekali" dia bagi respon; "apa? sg? owww....ok" setelah 2jam dalam perjalanan. Anak2 aku mula membuat bising dan bau yang sangat kawww! hahaha! sekor sibuk dok gigit zip coz nak keluar, sekor lagi sibuk dok kentut, berak dan bagai. Bau dalam bas agak semerbak bunga taik ayam.....hihihi! Itu je citer yang ada masa trip malam untuk share dengan korang...
           Selepas raya berlalu, tiba masa untuk pulang ke KL. Perjalan dari Gerik ke Hentian Duta jam 9Am. Perjalanan bermula dengan keadaan yang begitu baik, tetapi setelah 2jam dalam bas, ramai penumpang merungut kepanasan, yang membawa anak kecil mulalah dengan lagu yang merdu sekali, yang gadisnya sibuk dengan tisu apabila make up di muka mula cair, dan ada juga yang menjadikan kertas sebagai kipas. Aku pula mula merasa risau, jika kepanasan yang berlaku dalam bas itu boleh menyebabkan anak2 aku mati kepanasan. Keadaan menjadi bertambah panas apabila sang matahari memacak di atas kepala. Sistem hawa dingin dalam bas rosak......aduhhhhh! itu lah rungutan yang kerap aku dengar....Aku sebagai seorang yang sangat sayangkan anak2 aku, amatlah terlalu risau dan sedikit pun aku tidak fikirkan tentang aku. Hanya persoalan adakah anak2 aku mampu bertahan atau tidak, itu sahaja yang bermain dalam kotak fikiran aku. 4jam 30minit sudah berlalu, tiba lah aku di Hentian Duta. Besyukur ke hadrat Illahi kerana telah memanjangkan nyawa anak2 aku...sekiannn....

Moral:
1. Janganlah kita bersikap acuh tak acuh dalam menjalankan tanggungjawab kita terhadap haiwan peliharaan kita.
2. Mestilah sentiasa membuat persiapan yang selengkapnya supaya dapat menghadapi sebarang kemungkinan apabila bersama haiwan peliharaan.
3. Sayangilah haiwan peliharaan anda seperti anda menyayangi nyawa anda.



5 comments:

  1. laa ade blog upanya..knp xgtw kan leh follow

    ReplyDelete
  2. bawak je g bilik 2 ekoq tu ejam senang cite... hahak... ^_^...

    ReplyDelete
  3. Rose: hihihi! baru je pun berkecimpung...sila la follow..hahaha!
    Wan:bawak gi bilik mana? kolej ka? hahaha! takot memalam bising kowang lak bengang kannn....huhu!

    ReplyDelete
  4. so maknanya, sg ko xmati la..?...mmmm...suspen baca topik.nak tahu kesudahan kematian sg...hampeh....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...